Friday, February 18, 2011

Rindu Sahabat Mesir

Sedang orang sibuk memperkatakan perihal Mesir dan rakyatnya, tetiba sahaja saya teringatkan sahabat-sahabat baik saya yang merupakan rakyat Mesir sendiri. Apa khabarlah mereka agaknya. Syaima’, Fatma, Saraa, Hidba, si kembar Mona dan Sitt….

Syaima’ : Orang pertama dikalangan pelajar arab yang menghulurkan salam perkenalan pada tahun pertama pengajian. Cumanya, dia tidak begitu serius dalam belajar… dia suka ajak berborak-borak, tapi bila Tanya hal pelajaran dia suka mengelak! Namun bagi saya berbual dengan pelajar arab jugak satu pelajaran buat kami pelajar Malaysia.

Fatma : Orangnya sngat manis dan baik hati. Perkenalan kami dipertengahan tahun satu… Persahabatan kami sangat rapat sehinggakan saya pernah berkenalan dengan ibu saudaranya melalui surat dan telefon. Walau sekalipun tidak pernah bersua muka dg ibu saudaranya, namun kami sering berbalas surat.. dan saya sendiri pernah menerima hadiah perkenalan dari ibu saudaranya berupa buku dan kaset ilmiah. Dan tak dapat dilupakan bila bertemu dengan neneknya dirumah sewa fatma… seorang nenek yang penyayang. Fatma pernah menangis kerana susah mempelajari B.Inggeris… dan kami membantunya untuk memahami sedikit sebanyak tajuk-tajuk yang sukar dalam Bahasa Inggeris dengan syarat dia pula akan mengajar kami pelajaran B.arab… Fatma anak seorang nelayan dan mempunyai 6 orang adik beradik tidak dapat meneruskan pelajarannya di universiti kerana ibu bapanya membuat keputusan untuk mengahwinkannya…. Betapa sedihnya perasaan ini bila tau Fatma sudah berhenti tanpa memberi kahabar berita…. Dia hanya mampu mengutus salam buat kami melalui sahabat baiknya Sarah.

Hidba : Boleh digelar “best student” kerana keputusannya selalu dapat imtiyaz. Salah seorang kawanbaik di tahun akhir… dating dari sebuah kampong yang jauh, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah. Selalu member bantuan dalam pelajaran dengan cara member nota dan penerangan.


Mona dan Sitt : Kembar tidak seiras. Mona berkulit cerah dan sangat serius manakala Sitt berkulit hitam manis dan sangat peramah… Namun dari segi pelajaran Mona lebih kehadapan daripada Sitt. Mereka berdua pulak kawan baik kepada Hidba “Best Student”. Si kembar ni jugak merupakan tempat rujuk saya dan kawan2 dalam menelaah pelajaran dan untuk mendapatkan nota-nota yang baik

Saraa : Seorang pelajar yang berpurdah…luarannya kelihatan agak lasak dan kasar, namun hatinya sangat baik. Seorang yang serius dalam belajar. Diala sahabat yang boleh dikira banyak berkorban buat saya dan teman-teman. Sering memberi nota, penerangan dan sebagainya. Teringat dulu saya pernah memintanya untuk menceritakan kisah Nabi Yusof a.s. Dengan penuh semangat dia menceritakan dari mula smpai akhir… padahal boleh saja kami membacanya di dalam buku, tapi saje je nak biasakan telinga ni dengar perkataan arab yang keluar dari orang arab sendiri…dalam proses nak belajar bertutur dengan baik. Ada peristiwa yang sangat menyedihkan berkaitan dg Saraa. Suatu hari saya mengadu hal kepadanya bahawa subjek Tauhid sangat susah untuk difahami… Saraa memberi tempoh beberapa hari untuk dia menyerahkan notanya untuk kami rujuk. Sampai hari tersebut, saya amat terkejut kerana dia sudahpun membuat salinan nota tersebuat untuk saya dan beberapa orang sahabat. Paling saya terkejut apabila nota tersebut berbentuk soalan dan jawapan. Wah,sungguh hebat Saraa. Dia mengingatkan kami agar nota tersebut tidak diberi kepada rakan2 arab yang lain. Dia buat hanya khusus untuk kami. Namun ketika kami membelek2 nota tersebut, ada dikalangan budak arab lain yang lihat…dia memaksa saya untuk memberinya lihat. Saya menjadi serba salah. Saya menyuruhnya minta izin kepada Saraa, dan Saraa juga kelihatan serba salah dan akhirnya memberikan izin dia untuk menyalinnya…dan akhirnya dari tangan ketangan, nota tersebut tersebar dikalangan pelajar arab. Pasti ketika itu semua orang tidak mahu melepas peluang untuk potostat nota tersebut kerana ianya sngat berguna untuk dibuat rujukan terutama bila menhghadapi peperiksaan. Suatu hari saya dan sahabat baik Ansoriah dan Noreha ke bilik pensyarah Dr.Mabruk dengan tujuan untuk menanyakan hal berkaitan peperiksaan. Dr.Mabruk menanya kepada kami : “Kamu kenal seorang budak yang bernama Sarah?” kami menjawab “Kenal.” Doktor meneruskan percakapannya seperti menahan marah. “Sekarang siapa yang guru? Saya atau dia? Saya tahu dia ada buat nota berbentuk soalan dan jawapan…dan ramai yang memilikinya. Kalau tidak tahu tentang pelajaran Tanya saya” Ya Allah terkedu kami mendengarnya. Ini adalah salah faham yang sangat besar…namun apakan daya, mulut seolah2 terkunci untuk berkata apa2…kami hanya sempat memohon maaf kepada doctor. Seharian saya memikirkan hal tersebut. Sekarang baru aku tahu kenapa Saraa tidak membenarkan pelajar Arab melihat notanya. Keesokannya saya mendengar Saraa dipanggil bertemu Dr.Mabruk… setelah dia masuk ke dewan kuliah, kelihatannya dia seperti menangis. Setelah kuliah selesai, saya dan kawan2 bertemu dengannya… kami meluahkan rasa kesal, menyesal dan memohon maaf kepadanya… Namun dia tetap member senyuman kepada kami. Dia mengatakan itu hanya maslah kecil sahaja dan tidak perlu dirisaukan… Subhanallah…inilah sahabat yang banyak berkorban dan ikhlas membantu. Saya tidak dapat membalas jasanya melainkan berdoa untuknya… Di tahun akhir, ketika musim cuti, keluar natijah peperiksaan…dan saya mendengar khabar, Saraa mendapat Imtiyaz….alhamdulillah!!! Namun saya dan sahabat dari Malaysia ramai yang tidak lulus dan terpaksa mengulang tahun akhir. Saya sendiri tidak lulus 4 daripada 13 subjek dan terpaksa mengulang 4subjek tersebut dalam tempoh satu tahun lagi…Ketika itu Saraa sudah tiada…dan dia sudah menikmati kejayaanya yang cemerlang…aku turut gembira walaupun agu gagal…Alhamdulillah…

*Orang kata, kalau kita rindukan seseorang, sedekahkan al-Fatihah untuknya… Aku hadiahkan al-fatihah buat Saraa dan sahabat-sahabat….al-Fatihah…

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.