Hati yang dicincang
luka berdarah, terhiris, pedih
tetapi ia memang untuk dicincang
tiada pilihan untuk kupilih
ia tetap datang
keperitan luka itu manis
buat hati yang diserah pasrah
keperitan luka itu pahit
buat hati yang ditatang, dibelai
aku memilih untuk menyerah
lantas hati itu dipersembahkan
merasai segala rasa
ditores,dicincang, dirobek
perit tak terkata, memerah air mata
episod demi episod hati diremuk
namun senyum tetap terukir dibibir
lidah tetap basah bermadah
dalam doa dan harapan
agar kesakitan ini berakhir
dengan penuh bunga-bunga cinta
dari pemilik hati yang Maha Mengerti
-nisaul_kifah-
~Langkawi~
luka berdarah, terhiris, pedih
tetapi ia memang untuk dicincang
tiada pilihan untuk kupilih
ia tetap datang
keperitan luka itu manis
buat hati yang diserah pasrah
keperitan luka itu pahit
buat hati yang ditatang, dibelai
aku memilih untuk menyerah
lantas hati itu dipersembahkan
merasai segala rasa
ditores,dicincang, dirobek
perit tak terkata, memerah air mata
episod demi episod hati diremuk
namun senyum tetap terukir dibibir
lidah tetap basah bermadah
dalam doa dan harapan
agar kesakitan ini berakhir
dengan penuh bunga-bunga cinta
dari pemilik hati yang Maha Mengerti
-nisaul_kifah-
~Langkawi~
7 comments:
mendalam maksudnya kak..
Sumayyah...rajin jg bukak blog ni ek.. mendalam? sejauh mana dalamnya?? apa yg sumayyah faham maksud trsirat disebalik tulisan ni? cubala teka... dan cubalah huraikan...:-)
episod demi episod hati diremuk?? tragisnya kak.... kenapa dia sanggup buat akak camtu? hehe...(serkap jarang)
-asma'-
siapa dia tu? hehe, serkap jarang tak menjadila... nampaknya asma' dah salah tafsir tulisan ni... bukan sprti apa yg ada dlm fikiranmu....he..
hehehe..rajin gak la bukak..kak kan sifu sumaiyah? mestila kena rajin bukak (^___^)..tak reti sgt nk hurai..hehe tak tere..macam ni kot..kalau salah,kak tlg pebetulkan ek,,hhehe==>dalam meniti kehidupan ni,byk dugaan dan ujian datang silih berganti..mnsia tak terlepas dari semua ujian dan dugaan dari-Nya..menguji sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran kita..kdg2 membuatkan diri kita "sakit",tapi jgn bersedih..sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan kita..hanya kepadaNya lah tempat kita berdoa dan mengadu..Allah Maha Mendengar rintihan hati hamba-hambaNya..Laa Takhauf Wa Laa Tahzan, Innallaha ma'ana...Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah...semoga keperitan itu akan bertukar menjadi kemanisan suatu hari nanti..insya'Allah=))
Wah2...hebat betul sumayyah... boleh jadi kaunselor akak ni...:-) betulla apa yg sumayyah huraikan tu... Bila kita diuji,mendapat musibah, perasaan dan hati kita memang akan rasa sakit untuk menanggung beban ujian tersebut...kadang2 kita menyalahkan orang lain, marah, dendam, dan sbagainya. Semua tu brlaku sbb hati kita tak bersedia untuk menerima ujian.. hati kita hanya bersedia untuk menerima kegembiraan, kebahagiaan, kebaikan. Jika seseorang menyakiti hati kita, kita tak akan menyimpan perasaan dendam pada orang tersebut sekiranya kita meletakkan kepahitan yg disebabkan oleh orang itu adalah datangnya dari Allah, semata2 untuk menguji kita... Jika hati kita dah diserahkan pada Allah untuk disakiti dan diuji... kita akan lebih kuat saat ujian itu datang, kita dh bersedia, redho,dan pasrah dan ikhlas... saat kita menanggung kesakitan tersebut, dalam masa yg sama kita boleh merasai manisnya ujian tersebut jika saat itu kita boleh bersabar dan redho... yg penting, kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah... ujian yg dia beri bukan tanda Dia membenci... bahkan untuk merapatkan lagi hubungan kita denganNya... hm, ntahla sumayyah, akak ni pandai menulis je... praktikalnya belum tentu.. apa2pun sama2lah kita berusaha... manusia tiada yg sempurna... tapi kitidak sempurnaan itu bukn alasan untuk kita tidak boleh menjadi hamba Allah yg baik dan bertaqwa...:-)
lama tak singgah blog kak..heehe..jwpn kak memang mantop la..kata-kata ni boleh jadi pendorong motivasi, terkesan di hati..(^_^)..kak buat la lagi puisi, cerpen ke..tak sabar nak baca hasil nukilan kak..hehe \(^_^)/
Post a Comment