* Ketika ini Ketua Editor Suara Kampus Edisi Gabungan PMRAM 2006 sedang sibuk menyiapkan gerak kerja terakhir..namun rupanya SEGA tak cukup bahan lagi untuk memenuhi muka surat.. Lantas ditakdirkan Allah, ust ariff fadhilah menghubungi saya untuk menghantar ape2 puisi atau sajak dan masa yg diberi hanya lebih kurang sehari. Cari punya cari tiada siapa yg dapat menyumbang, lagipun kenalan tak ramai...so inilah hasil kerahan otak.. puisi hasil dari paksaan. Bila SEGA keluar pada Muktamar PMRAM, saya mencari-cari dua tulisan saya, artikel dan puisi ini.. bila bukak... yaAllah, Allah sahaja yang tahu betapa malunya diri ini bila karya yang semurah dan tidak berkualiti ini terpampang di dalam SEGA! Malu.. malu dengan penulis-penulis hebat..camne tulisan semurah ini boleh diambil.. jawapannya sbb dah takde yg lain.. Apepun ini adalah kenangan dan langkah pertama buat diri saya dalam bidang penulisan di ardul Kinanah. Saya amat mengharap bedahan dan kritikan dari sahabat..:-)*
Kemelut hari ini
sesak dosa membanjiri bumi
sang iblis gamat bersorakan
syaitan-syaitan bertepuk tangan
terpisahnya jasad dan iman
Sejarah hari ini
yang taat pada Tuhan dicendas
yang ingkar diraikan
yang berilmu terlopong ketakutan
yang berani, sanggup mati kerana Tuhan
Tragisnya hari ini
akidah dipermainkan
Rasulullah dipersendakan
al-Quran ditinggalkan
Tuhan dilupakan
pudarlah keimanan
Pilunya hari ini
kesucian Islam diludah
musuh-musuh melangkah pongah
mengogah kesatuan ummah
hidup nafsi-nafsi, tiada lagi ukhuwah
Suramnya hari ini
sinar suria seakan kelam
titisan hujan tersendu kesal
burung-burung merintih hiba
sudah tua rupanya dunia
Hairannya hari ini
berduyun manusia mengenal agama
namun sedikit yang menghidupkannya
yang bersyariat, tasauf ditinggalkan
hilang penghayatan, timbul kemaksiatan
tiada ertinya amalan
Hakikat hari ini
yang rindukan janji Tuhan
pasti menyerah diri berbakti
mempertahan agama yang suci
yang mendustakan agama
bersedialah mendiami neraka
sesungguhnya kiamat hampir tiba
nisaul_kifah
SEGA 2006
Antara menjadi kepimpinan mahasiswa dan menjadi ahli biasa, saya prefer untuk menjadi ahli biasa, bebas untuk menggunakan masa, tambahan saya yang minat menulis, perlu masa yang luas untuk membaca, mengkaji, dan sebagainya. Tak nafikan, bila saya jadi kepimpinan, saya merasakan kehidupan saya agak terhad. Masa saya untuk menulis, menggarap ide agak terhad. Ini adalah disebabkan diri yang memang lemah untuk membahagi masa dengan baik. Tidak semua manusia berkemampuan membuat banyak perkara dalam satu masa. Bagi mereka yang mampu itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan. Kenapa saya tetap memilih menjadi kepimpinan?Sahabat-sahabat, sememangnya tak semua yang kita ingini, yang kita sukai, kita akan dapat. Dan seringkali apa yang kita benci, yang kita tak sukai akan datang kepada kita. Sahabat-sahabat, kalau kita dah takde jalan lain dan kita terpaksa bergelumang dengan perkara-perkara yang kita tak suka... maka cepat-cepatlah kita cari jalan bagaimana nak mengubah sesuatu yang dibenci itu menjadi yang disukai. Bagaimana nak jadikan "limau" yang masam itu menjadi air yang paling sedap diminum.Sahabat-sahabat, saya jadi kepimpinan bukanlah kerana saya yang menghendakinya, bukan kerana kelebihan atau bukan kerana kecerdikan. Bagaimana seorang yang amat pendiam, yang amat lemah jiwanya boleh jadi pimpinan? Saya menjadi kepimpinan atas dasar kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai. Kemanakah lagi harus dilari apabila harapan demi harapan datang menyerbu dan memerangkap jiwa agar tidak lari. Amat kejamlah diri ini andai harapan-harapan itu ditepis dan ditendang tanpa memikirkan jiwa-jiwa yang lain.Sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menjadi kepimpinan, jika diri kita telah terperangkap dalam harapan dan pentaklifan ini, dan kita tidak mampu untuk lari lagi, maka cepat-cepatlah kita mengubah penjara ini menjadi satu taman yang indah. Tukarlah perkara negetif yang membelengu itu menjadi positif! Saya masih ingat hari pertama saya berada di dalam kepimpinan. Saya tidak dapat tidur malam. Hati berdebar memikirkan kemungkinan2 yang berlaku. Jiwa rasa terlalu lemah. Ketika itu tiada tempat untuk diluahkan. Nak bagitahu mak dan ayah? oh tidak...nahas.. la2 tu jugak surah letak jawatan :) Nak luahkan pada ahli rumah? mereka takkan faham... tula, sapa suruh terima.. Nak luahkan pada sahabat-sahabat seperjuangan? mereka pun senasib dengan kita... Tika itu tiada lain yang menjadi tempat pergantungan melainkan Allah SWT! Allah dan Rasulullah lah yang menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.Bagaimana Nak Kuatkan Jiwa yang Lemah sebagai seorang pimpinan yang akan berhadapan dengan pelbagai masalah?Sahabat-sahabat, mungkin antara hikmahnya kita berada di dalam saff kepimpinan ini adalah kerana Allah nak bagi kita jalan untuk dekat denganNya. Mungkin apabila hidup kita tidak ada masalah, tidak dicemuh, tidak dibeban, kita lalai dengan kesenangan, kita kurang pergantungan denganNya. Tapi ingat sahabat! Amatlah rugi andai jalan yang telah Allah bagi ini kita sia-siakan.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud " Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain"- aw kama qaal-Sahabat-sahabat, diri kita ni adalah untuk orang lain juga, bukan untuk diri sendiri. Allah bagi pinjam diri kita ni untuk kebaikan orang lain sama... Hari ini orang memberi harapan kepada kita, orang meminta tolong kepada kita, mungkin esok, kita pula memerlukan pertolongan orang lain... Bahkan pertolongan orang lain itu mungkin lebih tinggi nilainya daripada apa yang kita beri.Sahabat-sahabat, anda bukan meminta untuk pegang jawatan betul? untuk itu yakinlah, di dalam kita menghadapi pelbagai masalah, pasti Allah SWT akan membantu urusan kita selagi kita berada di jalan yang benar... Cuba cek balik huraian hadith mengenai larangan meminta jawatan.. *saya tiada persdiaan untuk huraikan hadith tersebut tika ini sbb tulisan ini adalah spontan* :)Sahabat, adakalanya dalam kepimpinan sendiri kita bersalahan pendapat, terasa hati, terguris, dan sebagainya... saya teringat kata-kata semangat dari seorang penasihat.. katanya kita sudah tiada masa untuk berkecil hati sesama kita apatah lagi dalam perkara-yang kecil, sekarang masanya untuk kita berkecil hati, tersinggung dan berdendam dengan musuh-musuh Islam yang kian galak menghancurkan umat IslamBuat akhirnya, saya menyeru diri saya dan juga sahabat2... ikhlaslah dalam bekerja, dalam berpesatuan, dalam memikul amanah ini. Amatlah rugi jika jiwa dan perasaan dah sakit, tapi pahala sikit pun tak dapat. Alang-alang dah berada dalam medan ni, lebih baik perbetulkan niat, ikhlas, pahala pun dapat, tarbiah dapat, dan macam2 lagi hikmah yang kita dapat.oklah sahabat2, kalau antum semua nak tahu, apa yang saya tulis ini adalah saya tuju khas untuk diri saya, sebab jiwa saya tengah lemah dalam memegang tampuk kepimpinan. Tiada siapa yg dapat menguatkan diri saya melainkan usaha diri sendiri untuk kuat...dan kekuatan itu datangnya dari Yang Maha Mengetahui Tapi kalau ada sahabat2 yang terbaca, dan tumpang baca apa salahnya... moga2 dapat manfaat juga.ok, salam perjuangan!
Ini adalah blog yang ke-2 kepunyaan nisaul_kifah setelah blog yang pertama telah dihazafkan pada 2 tahun yang lepas... atas alasan tiada entri untuk dimasukkan, kenapa tiada entri? sebab tiada ide. Kenapa tiada ide? Sebab tiada masa untuk fikir. Kenapa tiada masa? Sebab sibuk. Kenapa sibuk? Kenapa, kenapa.. dan kenapa?? Sebab...sebab...dan sebab.. Sememangnya manusia itu tidak pernah lari dr beralasan... "al-wajibat aksaru minal awqaat".. betul ke kata2ni? ha.. ada orng perbahaskan kata2 ni dg persoalan dan jawapan yg sangat menarik... ade masa kita bicarakan...
Dan blog kali ini pun tak tahulah boleh tahan berapa lama. Terima kasih kepada mereka yang mendesak supaya saya berblog kembali... kerana kalian, saya gagahi dan saya cuba untuk menghidupkan kembali "rimba sufi" yang pernah mati.. Selagi ianya wujud, saya akan cuba jadikan ia medium yang terbaik.. Namun atas komitmen yang banyak di alam nyata membuatkan saya tidak berkesempatan untuk selalu bersama blog ini...Wallaahu'alam. Salam ukhuwah buat tetamu2 maya:)