Friday, May 29, 2009

ERTI DOA SEORANG SAHABAT

* saya terjumpa cerita menarik ini dari blog kakak saya...hehe... boleh kita kongsi sama2..

warkah ini ditulis dgn keikhlasan dan kasih sayang yg membuak oleh si penulis terhadap sahabatnya, maka saya rasa ingin berkongsi warkah yg entah milik siapa ini dgn kalian semua, mudah2an membawa erti buat kita dalam memahami erti sahabat sejati... Warkah bermula... ERTI DOA SEORANG SAHABAT Terdapat seorg pemuda bersama sahabatnya yg menaiki sebuah kapal yg sama… menuju ke suatu tempat. Dgn taqdir Allah, kapal yg dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua2 mereka berenang dan terus berenang utk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yg sunyi lagi kosong…Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi… Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kpd Allah mudah2an diberi jalan keluar, atau paling tdk diberi makan dan minum utk meneruskan hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan… Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kpd sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kpd 2 daerah, dan mereka tinggal di daerah masing2… Pd fikirannya, mungkin salah seorg drpd mereka mereka org yg jauh dgn Tuhan, lalu krn itulah doa mereka blm dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah… Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda mula berdoa kembali kpd Tuhan… memohon agar diberikan minuman kpdnya… Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dr tnh… Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun…. Pemuda itu terus lagi berdoa kpd Allah, kali ini dia memohon smg Allah memberikannya makanan pula…Dgn izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya… Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yg berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang sprt hari pertama mereka tiba di situ… Skrg, dia mula yakin bahawa doa2nya kini mmg dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa2 sahabatnya itulah yg tdk dimakbulkan Allah…Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa2 mereka tdk dimakbulkan Allah… “Pasti krn dia itu seorg yg jauh dgn Tuhan…krn itulah doanya tdk dimakbulkan…” Lalu, pemuda itu dgn keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kpd Allah agar dapat keluar dr pulau itu dan kembali ke perkampungannya… Dgn taqdir Allah, tiba2 dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau terbut…Dgn perasaan gembira yg amat sgt, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu… Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dgn seorg tua yg sgt terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Org tua itu memandangnya dgn penuh kehairanan… Lalu org tua itu menegur, “Mana shbtmu yg seorg lagi???” Pemuda itu jd kaget, tapi berusaha utk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kpd org tua itu… “Sahabat yg mana satu?” “Sahabatmu yg di pulau itu..” Terkejutlah pemuda itu pabila mendgrkan jwpn org tua tersebut….Lalu pemuda itu menceritakan kpd org tua itu kisah dr mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yg membawanya pulang ke kampung…. “Lalu, apakah sy harus menolong membawa pulang sahabat sy itu, sedangkan Allah sendiri tdk memakbulkan doanya?!” kata pemuda itu lagi. Lantas org tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telahpun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…” “Apa doanya?” pemuda bertanya sedikit teruja.. “Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yg sedang di dlm kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…” Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan…. Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar…. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yg semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia… Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dgn satu pertanyaan…. “Apakah tuan yg mulia sudi menjadi sahabat sy…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”
Warkah tamat...
Hm...indahkan kandungan warkah tersebut...Hanya sanya di warkah itu tidak tercatat jawapan daripada sahabat si penulis warkah. Kalaulah kita dapat mengetahui pula jawapan dr sahabatnya itu... :) Bagaimana agaknya mereka sekarang. Mudah2an mereka menjadi sahabat fillah... Dan mudah2an kita juga mempunyai sahabat sebaik sahabat pemuda yg di dalam cerita itu...Amin..

Sunday, April 19, 2009

PERISTIWA HARI INI


* Ketika ini Ketua Editor Suara Kampus Edisi Gabungan PMRAM 2006 sedang sibuk menyiapkan gerak kerja terakhir..namun rupanya SEGA tak cukup bahan lagi untuk memenuhi muka surat.. Lantas ditakdirkan Allah, ust ariff fadhilah menghubungi saya untuk menghantar ape2 puisi atau sajak dan masa yg diberi hanya lebih kurang sehari. Cari punya cari tiada siapa yg dapat menyumbang, lagipun kenalan tak ramai...so inilah hasil kerahan otak.. puisi hasil dari paksaan. Bila SEGA keluar pada Muktamar PMRAM, saya mencari-cari dua tulisan saya, artikel dan puisi ini.. bila bukak... yaAllah, Allah sahaja yang tahu betapa malunya diri ini bila karya yang semurah dan tidak berkualiti ini terpampang di dalam SEGA! Malu.. malu dengan penulis-penulis hebat..camne tulisan semurah ini boleh diambil.. jawapannya sbb dah takde yg lain.. Apepun ini adalah kenangan dan langkah pertama buat diri saya dalam bidang penulisan di ardul Kinanah. Saya amat mengharap bedahan dan kritikan dari sahabat..:-)*

Kemelut hari ini
sesak dosa membanjiri bumi
sang iblis gamat bersorakan
syaitan-syaitan bertepuk tangan
terpisahnya jasad dan iman

Sejarah hari ini
yang taat pada Tuhan dicendas
yang ingkar diraikan
yang berilmu terlopong ketakutan
yang berani, sanggup mati kerana Tuhan

Tragisnya hari ini
akidah dipermainkan
Rasulullah dipersendakan
al-Quran ditinggalkan
Tuhan dilupakan
pudarlah keimanan

Pilunya hari ini
kesucian Islam diludah
musuh-musuh melangkah pongah
mengogah kesatuan ummah
hidup nafsi-nafsi, tiada lagi ukhuwah

Suramnya hari ini
sinar suria seakan kelam
titisan hujan tersendu kesal
burung-burung merintih hiba
sudah tua rupanya dunia

Hairannya hari ini
berduyun manusia mengenal agama
namun sedikit yang menghidupkannya
yang bersyariat, tasauf ditinggalkan
hilang penghayatan, timbul kemaksiatan
tiada ertinya amalan

Hakikat hari ini
yang rindukan janji Tuhan
pasti menyerah diri berbakti
mempertahan agama yang suci
yang mendustakan agama
bersedialah mendiami neraka
sesungguhnya kiamat hampir tiba

nisaul_kifah
SEGA 2006

Friday, April 17, 2009

Warkah buat pimpinan yang berjiwa lemah!

Antara menjadi kepimpinan mahasiswa dan menjadi ahli biasa, saya prefer untuk menjadi ahli biasa, bebas untuk menggunakan masa, tambahan saya yang minat menulis, perlu masa yang luas untuk membaca, mengkaji, dan sebagainya. Tak nafikan, bila saya jadi kepimpinan, saya merasakan kehidupan saya agak terhad. Masa saya untuk menulis, menggarap ide agak terhad. Ini adalah disebabkan diri yang memang lemah untuk membahagi masa dengan baik. Tidak semua manusia berkemampuan membuat banyak perkara dalam satu masa. Bagi mereka yang mampu itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan.

Kenapa saya tetap memilih menjadi kepimpinan?
Sahabat-sahabat, sememangnya tak semua yang kita ingini, yang kita sukai, kita akan dapat. Dan seringkali apa yang kita benci, yang kita tak sukai akan datang kepada kita. Sahabat-sahabat, kalau kita dah takde jalan lain dan kita terpaksa bergelumang dengan perkara-perkara yang kita tak suka... maka cepat-cepatlah kita cari jalan bagaimana nak mengubah sesuatu yang dibenci itu menjadi yang disukai. Bagaimana nak jadikan "limau" yang masam itu menjadi air yang paling sedap diminum.

Sahabat-sahabat, saya jadi kepimpinan bukanlah kerana saya yang menghendakinya, bukan kerana kelebihan atau bukan kerana kecerdikan. Bagaimana seorang yang amat pendiam, yang amat lemah jiwanya boleh jadi pimpinan? Saya menjadi kepimpinan atas dasar kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai. Kemanakah lagi harus dilari apabila harapan demi harapan datang menyerbu dan memerangkap jiwa agar tidak lari. Amat kejamlah diri ini andai harapan-harapan itu ditepis dan ditendang tanpa memikirkan jiwa-jiwa yang lain.

Sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menjadi kepimpinan, jika diri kita telah terperangkap dalam harapan dan pentaklifan ini, dan kita tidak mampu untuk lari lagi, maka cepat-cepatlah kita mengubah penjara ini menjadi satu taman yang indah. Tukarlah perkara negetif yang membelengu itu menjadi positif! Saya masih ingat hari pertama saya berada di dalam kepimpinan. Saya tidak dapat tidur malam. Hati berdebar memikirkan kemungkinan2 yang berlaku. Jiwa rasa terlalu lemah. Ketika itu tiada tempat untuk diluahkan. Nak bagitahu mak dan ayah? oh tidak...nahas.. la2 tu jugak surah letak jawatan :) Nak luahkan pada ahli rumah? mereka takkan faham... tula, sapa suruh terima.. Nak luahkan pada sahabat-sahabat seperjuangan? mereka pun senasib dengan kita... Tika itu tiada lain yang menjadi tempat pergantungan melainkan Allah SWT! Allah dan Rasulullah lah yang menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.

Bagaimana Nak Kuatkan Jiwa yang Lemah sebagai seorang pimpinan yang akan berhadapan dengan pelbagai masalah?

Sahabat-sahabat, mungkin antara hikmahnya kita berada di dalam saff kepimpinan ini adalah kerana Allah nak bagi kita jalan untuk dekat denganNya. Mungkin apabila hidup kita tidak ada masalah, tidak dicemuh, tidak dibeban, kita lalai dengan kesenangan, kita kurang pergantungan denganNya. Tapi ingat sahabat! Amatlah rugi andai jalan yang telah Allah bagi ini kita sia-siakan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud " Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain"
- aw kama qaal-
Sahabat-sahabat, diri kita ni adalah untuk orang lain juga, bukan untuk diri sendiri. Allah bagi pinjam diri kita ni untuk kebaikan orang lain sama... Hari ini orang memberi harapan kepada kita, orang meminta tolong kepada kita, mungkin esok, kita pula memerlukan pertolongan orang lain... Bahkan pertolongan orang lain itu mungkin lebih tinggi nilainya daripada apa yang kita beri.

Sahabat-sahabat, anda bukan meminta untuk pegang jawatan betul? untuk itu yakinlah, di dalam kita menghadapi pelbagai masalah, pasti Allah SWT akan membantu urusan kita selagi kita berada di jalan yang benar... Cuba cek balik huraian hadith mengenai larangan meminta jawatan.. *saya tiada persdiaan untuk huraikan hadith tersebut tika ini sbb tulisan ini adalah spontan* :)

Sahabat, adakalanya dalam kepimpinan sendiri kita bersalahan pendapat, terasa hati, terguris, dan sebagainya... saya teringat kata-kata semangat dari seorang penasihat.. katanya kita sudah tiada masa untuk berkecil hati sesama kita apatah lagi dalam perkara-yang kecil, sekarang masanya untuk kita berkecil hati, tersinggung dan berdendam dengan musuh-musuh Islam yang kian galak menghancurkan umat Islam

Buat akhirnya, saya menyeru diri saya dan juga sahabat2... ikhlaslah dalam bekerja, dalam berpesatuan, dalam memikul amanah ini. Amatlah rugi jika jiwa dan perasaan dah sakit, tapi pahala sikit pun tak dapat. Alang-alang dah berada dalam medan ni, lebih baik perbetulkan niat, ikhlas, pahala pun dapat, tarbiah dapat, dan macam2 lagi hikmah yang kita dapat.

oklah sahabat2, kalau antum semua nak tahu, apa yang saya tulis ini adalah saya tuju khas untuk diri saya, sebab jiwa saya tengah lemah dalam memegang tampuk kepimpinan. Tiada siapa yg dapat menguatkan diri saya melainkan usaha diri sendiri untuk kuat...dan kekuatan itu datangnya dari Yang Maha Mengetahui Tapi kalau ada sahabat2 yang terbaca, dan tumpang baca apa salahnya... moga2 dapat manfaat juga.
ok, salam perjuangan!

Rimba kembali berbunyi

Ini adalah blog yang ke-2 kepunyaan nisaul_kifah setelah blog yang pertama telah dihazafkan pada 2 tahun yang lepas... atas alasan tiada entri untuk dimasukkan, kenapa tiada entri? sebab tiada ide. Kenapa tiada ide? Sebab tiada masa untuk fikir. Kenapa tiada masa? Sebab sibuk. Kenapa sibuk? Kenapa, kenapa.. dan kenapa?? Sebab...sebab...dan sebab.. Sememangnya manusia itu tidak pernah lari dr beralasan... "al-wajibat aksaru minal awqaat".. betul ke kata2ni? ha.. ada orng perbahaskan kata2 ni dg persoalan dan jawapan yg sangat menarik... ade masa kita bicarakan...
Dan blog kali ini pun tak tahulah boleh tahan berapa lama. Terima kasih kepada mereka yang mendesak supaya saya berblog kembali... kerana kalian, saya gagahi dan saya cuba untuk menghidupkan kembali "rimba sufi" yang pernah mati.. Selagi ianya wujud, saya akan cuba jadikan ia medium yang terbaik.. Namun atas komitmen yang banyak di alam nyata membuatkan saya tidak berkesempatan untuk selalu bersama blog ini...Wallaahu'alam. Salam ukhuwah buat tetamu2 maya:)